Tuesday 4 October 2011

CaRA-cARa MeMAsAk KiMcHi


bahan-bahan peram..
2kg kobis panjang
2 sdm garam

bahan-bahan sos..
2 sdm cili kering yang dah digiling (sebab xada cili korea so guna cili kering..rasa pon sama jer )
2 sdm sos ikan.
1 sdm gula perang
1 sdm garam
1 batang daun bawang
3 ulas bawang putih
1 labu bawang besar
3 cm halia (lebih kurang lah)

proses pemeraman....
1. basuh kobis panjang dengan bersih dan potong sepanjang 1 inci
2. gaulkan kobis panjang dengan garam dan biarkan semalaman

proses pembikinan sos..
1. kisar bawang putih, bawang besar dan halia
2. hiris daun bawang
3. gaulkan bahan kisaran dengan cili, sos ikan, garam, gula perang, dan daun bawang biarkan selama setengah jam..

proses campur sos dan kobis panjang..
1. guna sarung tangan campurkan sos dan kobis..pastikan semua kobis bersalut dengan sos.
2. masuk dalam Tupperware dan biarkan selama 4 hari dalam peti sejuk..dan boleh makan..

kalau korang suka pedas tambah cili, korang rasalah sos tuh ikut perasaan hati nurani korang eh..agak2 xcukup masin ker, pedas tambah sendiri ok..selamat mencuba..dah cuba sila beritahu yer..

No comments:

Post a Comment